Perjalanan Profesional

Kerjaya & Kepakaran IT

Membangunkan penyelesaian teknologi maklumat bermula dari bilik pelayan hingga ke skrin pengguna akhir.

Fokus Utama & Kompetensi

1. Kejuruteraan Aplikasi Web

Merekabentuk seni bina perisian berasaskan PHP moden, F3 framework, API RESTful dan sistem storan cekap (KINETIC JSON & relational databases). Mengutamakan kod yang bersih, boleh diselenggara (*maintainable*), dan selamat.

2. Digitalisasi & Transformasi Proses

Meneliti prosedur operasi yang lapuk dan menukarkannya kepada aliran kerja automatik tanpa kertas, sekali gus menjimatkan masa operasi organisasi.

3. Reka Bentuk UI/UX Berorientasikan Pengguna

Memastikan sistem bukan sekadar berfungsi, malah difahami dan selesa digunakan oleh staf pelbagai latar belakang tanpa memerlukan manual tebal.

Kerjasama & Konsultasi

Berminat untuk membincangkan idea pembangunan sistem atau konsultasi digitalisasi?

Hubungi Farhah